RSS

❤ “Yesterday is a history, tomorrow is a mistery and today is a gift. That’s way it is called ‘present’ - Master Oogway – film Kung fu Panda” ❤

Resepi Mee Kari Udang Raya

Adawiah Nasier | Jumaat, Mei 29, 2026 |





 πŸœπŸ”₯BAHAN TUMIS :

Sedikit daun kari
I peket kecil rempah tumis

BAHAN KISAR 1 :

5 biji bawang merah sederhana
8 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai

BAHAN KISAR 2 :

1 peket serbuk kari ayam & daging
3 sudu serbuk cili
3 sudu serbuk ikan
5 ekor udang segar (buang kepala)
Segenggam kerang (tak perlu rebus)
Sedikit udang kering (rendam air panas)
Sedikit ikan bilis (rendam air panas)

BAHAN KUAH :


1 peket Fishball (belah 2)
3 biji kentang (potong dadu)
Sedikit gula merah
Sedikit sos tiram
Sedikit Asam Jawa

BAHAN HIASAN :


2 pack mee kuning (rebus 2 minit)
1 peket sawi (direbus sekejap)
1 peket kecil Tauhu pok kering (di goreng)
1 peket kecil Fishcake (di goreng)
Sedikit taugeh (rendam di dalam ais)
Sedikit limau kasturi (belah 2)
Sedikit bawang goreng

BAHAN AKHIR :

1 @ 2 kotak kecil santan
3 sudu garam bukit
2 sudu gula perang

CARA-CARA PENYEDIAAN MEMASAK :

1. Blender dahulu Bahan Kisar 1 bersama sedikit air, garam dan minyak masuk dalam bekas lain. Tambah sedikit air blender terus Bahan Kisar 2 tambah garam dan minyak juga.

2. Tumis dahulu daun kari bersama rempah tumis pek kecil. Masuk Bahan Kisar 1 sehingga agak sedikit kekuningan. Masukkan Bahan Kisar 2 tumis dengan sedikit air dalam bekas blender. Tumis sehingga pecah minyak, tambah setengah cawan air, tumis lagi tambah setengah cawan air lagi. Lagi lama tumis lagi sedap ya. Masukkan sedikit gula melaka dan sos tiram.

3. Sementara tunggu bahan tumis sediakan Bahan Hiasan. Cara saya saya rebus dahulu mee kuning sekejap sahaja dan angkat. Celurkan sawi sekejap juga terus ambil air sejuk peti @ ais untuk nampak fresh. Goreng sekejap tauhu pok dan Fishcake. Rendam dahulu dengan ais taugeh. Potong 2 limau kasturi. Kalau lihat dalam gambar saya beli daun bawang next saya skip sebab dah ada sawi.

4. Bahan tumis tadi dah garing masukkan 5 cawan mug air dengan Bahan Kuah. Agak mendidih masukkan 1 kotak santan 200 ml @ setengah kotak lagi (bergantung nak pekat atau cair). masukkan garam bukit 2 sudu besar & 2 sudu gula perang.

5. Sedia untuk dihidangkan bersama sambal tumis segera by Ibu Azzah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puding Roti Karamel

Adawiah Nasier | Jumaat, April 24, 2026 |



Lapisan Gula Karamel :
4 sudu besar gula pasir
2 sudu air panas

Bahan Untuk Puding :
4 keping roti potong – potong 4-6 @ kecil-kecil
250 ml  air tapis
250 ml  susu cair / susu segar
125 ml cawan susu pekat manis
3 biji telur – (kacau dahulu dalam bekas lain)
1 sk esen vanilla

Cara cara Memasak Lapisan Atas :

1. Sediakan Loyang saiz 6” (paling okey saiz 5”). Panaskan Loyang atas api yang perlahan. Masukkan Gula & air, masak gula di dalam sehingga sedikit keperangan. Kacau sehingga gula larut di dalam loyang dan biarkan karamel mengeras. Ratakan dalam seluruh bekas.





Cara cara Memasak Lapisan Bawah :

2. Rendam roti dalam susu dalam 5- 10 minit di dalam blender. Sementara itu pecah telur dalam bekas, buang warna putih pada telor macam cecair (fungsi untuk hilangkan rasa hanyir puding). Selepas 10 minit rendam masukkan telur, susu pekat, air & esen vanila ke dalam blender. Blender halus.

3. Tapis dalam Loyang yang ada lapisan Gula Karamel. Kukus selama 40 minit. Pastikan penutup pengukus balut dengan kain (saya guna kain batik aje). Step ini bagi yang kukus guna atas dapur ye.

4. Sejukkan dahulu ambil bekas berisi air untuk mempercepatkan proses sejuk cara saya. Balut dengan pelastik makanan. Masuk dalam peti selama 3-4 jam. Selepas itu waktu nak potong, ambil pisau hiris keliling supaya masa nak terbalikkkan tu tak pecah dan kejadian dia cantik ajer nanti. Terbalikkan, ketuk-ketuk sedikit baru angkat loyang. Elok buat pagi untuk makan masa berbuka nanti. Sejuk di tekak uolss :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rendang Daging Bonda

Adawiah Nasier | Selasa, Mac 17, 2026 |

Rendang yang telah siap di masak. Panas² tuu.. ♡♡ Rendang resepi tradisi ini hanya 2x setahun sahaja hihi. Mood nak membuatnya time raya jer hehee ♠



Tips : Rendang tradisi ini lebih enak jika di masak pagi sehari sebelum raya contoh pagi Khamis sehingga pagi Sabtu masih helokk lagi uolss dengan syarat jangan di cuit dengan tangan. Pastikan pakai sudu/senduk.. Jika terkena tangan makanan akan cepat basi. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sambal Balado Menyengat RT

Adawiah Nasier | Sabtu, September 21, 2024 |

Jom kita buat pes sambal segera untuk memudahkan memasak untuk memasak nasi goreng 5 minit. Sambal Tumis Cili Padi ini memudahkan jika malas memasak sambal atau bahan pencicah segera. Moh kita lihat apa bahan tersebut. Kali ini kita menggunakan Pressure Cooker (Periuk Cepat Era Melenium).



Klik Read More deh untuk teks @ gambar gituuu.. 😊

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Burnt Cheese Cake Sedap

Adawiah Nasier | Isnin, Jun 05, 2023 |

Assalamualaikum atas permintaan Group Russell Tylor nak kan resepi gigih laa jugak bukak laptop petang-petang ni haa.. :) tak sangka pulak ada jugak nak resepi sedangkan ramai kot dah beri resepi Burnt Cheese Cakes. sebab bila baca komen ada yang keliru macam mana kek ni naik gebu lepas tu pakai Yogurt.. biasanya kek macam ni saya lihat rakan-rakan FB buat mendap.. 

Tapi saya pakai oven hari tu memang mendap pon boleh jadi saya tak tahu suhu yang tepat.. maybe tak reti kot.. saya bukan baker tapi saya cikgu komputer hehehe.. alaa sekadar suka-suka bila tiada class komputer saya free-free tu buat je laa apa yang saya suka makan tak gitu.. 


Model : Air Fryer AF24 (Russel Tylor) 
Suhu : 170 | Masa : 25 Minit + Suhu : 190 | Masa : 15 Minit 
Resepi : Burnt Cheese Cake
Penyediaan + Masak : 1 jam 
(Dah gaya macam Buku Resepi asik study buku resepi kan hihi)

Bahan-bahan :
=========
⇛  250g Cream Cheese (Jenama Tartura)
⇛  Telur 3 Biji Gred A (sengaja beli A hari buat beli gred E mendap)
⇛ 110g Yogurt Low Fat (lihat gambar ya)
⇛  2 Sudu Besar Tepung Naik Sendiri (jenama Kijang)
⇛  5 Sudu Besar Gula Perang 
⇛  1 sudu kecil Garam Himalaya
⇛  1 sudu kecil esen Vanilla
⇛  sepotong Lemon (perah dalam cawan)
⇛  Gula Icing (untuk hiasan atas kek)

Cara-cara membuatnya :
=================
1. Sejukkan Cream Cheese keluarkan dari peti dalam 10 minit. Saya guna Mixer telur sahaja ya.. Beli kat Lazada sahaja dalam 30++ gitu murah lah dari mixer yang lain sekadar nak buat sekali dua kan di bawah gambar dia hanya guna speed 2 sahaja asal ada 7 speed dia. Tadi buat tak amik gambar sebab tak sangka orang nak resepi hehehhehe.. next la yek..


Nota : Sementara itu sapukan mentega bekas kek saiz 6" alaskan dengan alas baking kek yang ini saya beli lama dah kat TMG yang dalam dia boleh tolak ke atas. tak tau ape ke nama nampak lawo terus beli hehehe... 


2. Mix kan dahulu Cream Cheese bersama 1 kuning telur (putih telur asingkan dahulu). 2 biji telur lagi kacau dulu dalam bekas dulu terus campur dengan putih tadi sehingga berbuih sedikit.. sambung putar lagi masuk separuh dulu.. sambung masuk separuh lagi.

3. Masukkan gula perang + garam himalaya. Masukkan Yogurt mix lagi supaya nampak macam buih-buih tu hilang. sebelum ni pakai Blender dia macam tak hancur sangat.

4. Masukkan air perahan lemon + esen Vanilla. Masukkan tepung kek naik sendiri. Putar lagi dalam 2-3 minit..


5. Ambil senduk buat kek tu yang lembut kacau rata. Cari pemutar telur kacau lagi dalam 5 minit.. Cari tapis untuk tapis adunan sebab ada letak Yogurt kan so tapis dia punya adunan. 

6. Masukan dalam bekas loyang tadi. Tutup permukaan atas kek dengan alumunium foil (untuk tak nak bagi kek terbakar).On Air Fryer setkan 170 untuk 25 minit. Tambah lagi suhu naikkan kepada 190 untuk 15 minit. 




7. Masukkan dalam peti dalam 4-5 jam. Ya Allah sejuk di tekak uols.. boleh cuba ikut resepi ini ya.. sebelum saya buat kek ni saya mendap.. mengikut kajian saya jenis gred telur memain peranan. Beli Gred A terus selalu chef kata B kan hihi. Lagi satu jika guna tepung gandum dia tak gebu better tepung naik sendiri.. kajian saya lah,, jangan marah uols..



Yang ni saya try potong tak nyompat-nyompat nak lihat hasil..:)

Akhir sekali, cari Garfu + Sudu isi atas kek taburkan icing atas kek untuk corak hiasan juga boleh tambahkan Strawberry sebagai hiasan.  Lihat contoh by Google bagi yang bajet lebih lah he..he..

Simpan dalam blog resepi senang next hanya taip nama resepi untuk nak beli bahan-bahan nak buat kek. bukan semua bende boleh ingat di ingatan walaupon kiter ni cikgu komputer sekali pon ewahh :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Segar Sempena PKP

Adawiah Nasier | Isnin, Mei 31, 2021 |

πŸ›€πŸ›€ Macam biasa lepas guna komputer nak siapkan tugas komputer admin memang akan amalkan mandian Garam Mandian Aroma Pati Lavender NUR dari @fararmy.official Hari ini admin nak guna Mandian terapi Lavender seperti label produk yang admin pegang tu ye.. πŸ›€.


Banyak kelebihan dia antaranya Garam batu penuh mineral ini mudah di larutkan dan diserap ke dalam lapisan kulit. Garam Mandian Aroma Pati Lavender membantu memberikan kelegaan dan tenaga serta merta setelah seharian bekerja. Garam Mandian Aroma Pati Lavender juga bagus untuk :

❀ Mengurangkan tekanan / stress dan perasaan cemas.

❀ Melegakan sakit kepala dan migraine

❀ Pembuangan toksin dalam tubuh badan agar menjadi lebih ringan

❀ Menaikkan aura seri wajah serta banyak lagi..

⏩ Proses sistem pemulihan badan mengambil masa 21 hari.

CARA GUNA : Ambil 1 scoop garam masukkan ke dalam baldi berisi 5 liter air. Kacau lawan arah jam sehingga garam larut. Mandi pada bilasan terakhir. Tidak perlu bilas dengan air kerana Garam Mandian Aroma Pati Lavender premium ini tidak melekit pada badan.

Untuk nak dapatkan hubungi terus : wasap.com.my/60142979545 (Puan Farizan-Founder GaramNur sejak 2014).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nasi Goreng Masam-Masam Manis

Adawiah Nasier | Rabu, April 14, 2021 |


1 Mangkuk Nasi
2 bj Bawang putih (tumbuk) 
3 Bawang Merah (tumbuk) 
1cm Halia (tumbuk) 
1 sudu Asam Jawa Adabi
2 sudu Sos Tiram
2 sudu besar kicap Manis
3 biji telur (goreng hancur kuali lain) 
1 biji Epal (potong dadu)
1 biji Carrot (potong kasar) 
Sedikit 
1 sudu Garam Bukit
1 sudu Gula Perang

Cara Masak :

Tumis Bawang + halia sehingga garing,  masukkan 2 sudu besar cili giling. Tumis bagi masak bersama Sos² pilihan. Masukan semua bahan kecuali Nasi + Sayur.  Masukkan sayur dahulu baru Nasi. 

Telur Yang digoreng dalam kuali lain tambahkan dihujungnya. Gaul rata. 

Maka terjadilah Nasi Goreng Masam² Manesss like tuannya ewaah πŸ˜†πŸ˜†

Perasakan dengan Garam + Gula. Sedia dihidangkan bersama Jus Kurma.  Terangkat weh! 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Laksa Pahang Pressure Cooker

Adawiah Nasier | Ahad, Januari 24, 2021 |

Assalamualaikum.. saya nak share cara buat Laksa Pahang guna Pressure Cooker. Sangat memudahkan kerja apabila memasak. Sebelum ini saya menggunakan cara lama isi ikan perlu diasingkan daripada tulang bukan? so kali ini sangat mudah.. 

Hidangan untuk 6-7 orang 
Bahan-Bahan :

7 ekor Ikan Selayang (siang ambil badan sahaja)
500 ml Santan Segar (lebih sedap)
1 paket Laksa Besar Bukit Jenama Eka (pilih jenis kasar)

Klik Read More deh untuk teks @ gambar gituuu.. 😊

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mandian Terapi Hilang Penat

Adawiah Nasier | Jumaat, Januari 08, 2021 |

 

πŸ›€πŸ›€ Macam biasa lepas class pagi atau petang admin memang akan amalkan mandian Garam Mandian Aroma Pati Lavender NUR dari @fararmy.official Hari ini admin nak guna Mandian terapi Lavender seperti label produk yang admin pegang tu ye.. πŸ›€.
.
Banyak kelebihan dia antaranya Garam batu penuh mineral ini mudah di larutkan dan diserap ke dalam lapisan kulit. Garam Mandian Aroma Pati Lavender membantu memberikan kelegaan dan tenaga serta merta setelah seharian bekerja. Garam Mandian Aroma Pati Lavender juga bagus untuk :
.
❀ Mengurangkan tekanan / stress dan perasaan cemas.
❀ Melegakan sakit kepala dan migraine
❀ Pembuangan toksin dalam tubuh badan agar menjadi lebih ringan
❀ Menaikkan aura seri wajah serta banyak lagi..

⏩ Proses sistem pemulihan badan mengambil masa 21 hari.
.
CARA GUNA : Ambil 1 scoop garam masukkan ke dalam baldi berisi 5 liter air. Kacau lawan arah jam sehingga garam larut. Mandi pada bilasan terakhir. Tidak perlu bilas dengan air kerana Garam Mandian Aroma Pati Lavender premium ini tidak melekit pada badan.
 .
Untuk nak dapatkan hubungi terus : https://mandianterapinur.wasap.my (Puan Farizan-Founder GaramNur sejak 2014). 

Mengandungi 2 jenis Pati Aroma Terapi Lavender & Lemon.
.
#GaramMandian
#GaramMandianAromaPatiLavender
#Fararmy 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kek Coklat Bajet

Adawiah Nasier | Rabu, Disember 30, 2020 |

 


↗️πŸ‘‰ Tepung Kek Kukus (Mois) beli kat Eco RM2 jurr

↗️πŸ‘‰ 2 Biji telur Gred A (1) & B (1)

↗️πŸ‘‰ Minyak Sayuran Canella

↗️πŸ‘‰ Gula Perang

Cara-cara membancuh :

Pukul telur sehingga kembang masuk gula & minyak sayuran (ikut pada label). Guna mixer untuk sekata. 

Masuk tepung kek sikit Demi sikit mix lagi sehingga kembang. Tambahkan sedikit air

Panas AF 3 minit. Masuk dlm loyang saiz 6" (loyang yang boleh tolak dari bawah). Bakar 160° | 25 minit. 

Cadangan : Taburkan atas kek gula aising sebagai hiasan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...