RSS

❤ “Yesterday is a history, tomorrow is a mistery and today is a gift. That’s way it is called ‘present’ - Master Oogway – film Kung fu Panda” ❤

Ungu Pilihanku...

Adawiah Nasier | Sunday, July 31, 2011 |

Mengapa warna ungu menjadi pilihanku? aku menyukainya kerana aku suka akan warnanya. Melihat pada warna ini membuatkan aku lebih bersemangat waja untuk meneruskan hari-hari yan berlalu. Tiada siapa yang akan beri aku keceriaan melainkan diriku sendiri.


Warna ini adalah campuran warna merah dan biru. Menurut sumber-sumber sifatnya pemilik kesukaan warna ini sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan. Harapan yang bagaimana? Dalam Cinta @ dalam kehidupan?

Antara lain sifatnya yang pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.

Warna ungu adalah warna yang berupaya menghambat gangguan jin. Ramai yang menyarankan bayi-bayi seeloknya dipakaikan pakaian yang berwarna ungu untuk mengelakkan gangguan jin khususnya semasa sedang tidur. Warna ungu mempunyai frekuensi yang sesuai menentang frekuensi kejadian makhluk halus.

Tidak hairanlah mengapa warna ini menjadi kesukaanku.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hobi Baruku..

Adawiah Nasier | Sunday, July 31, 2011 |


Terbaru apabila tiada apa-apa tugasan yang melibatkan komputer CA akan edit gambar yang mempunyai frame untuk kelihatan gambar yang diselitkan tu kelihatan ada serinya.
Lihatlah sebagai dari puluhan gambar yang ada..






Bersama Abah tersayang..




Bersama bekas pelajar G04/2010 Noorazlin Bt Ibrahim

Bersama Mak n adik-adik perempuanku.. Timah n Mairah

Bergambar sewaktu di Taman Gelora, Kuantan

Ramai yang kata wajah CA mirip ngan mak betul ker?


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuala Wanita Penyebab Kanser

Adawiah Nasier | Saturday, July 30, 2011 |


Kebanyakan pad dibuat menggunakan kertas kitar semula atau kertas sisa buangan. Proses kitar semula kertas ini menggunakan bahan kimia yang banyak bagi menghilangkan warna dan bau.

Utusan Pengguna 2
Klorin adalah bahan wajib dalam proses pembuatan produk pulpa dan kertas. Klorin bertindakbalas dengan haba untuk menghasilkan Dioksin. Dioksin telah disahkan sebagai karsinogen (racun) paling bahaya untuk kesihatan. Dioksin adalah bahan kimia bertoksid yang amat kuat kesannya. Ia adalah 130 kali lebih bertoksik daripada Cyanide, dan 900 kali lebih berbahaya berbanding Arsenik. Ia digelar “Bahan Bertoksik Paling Kuat” pada masa kini. Pusat Penyelidikan Kanser Antarabangsa mengkelaskan Dioksin sebagai KARSINOGEN (bahan penyebab kanser) kelas pertama. Rujuk Wikipedia

Dioksin menyebabkan:

  • Ketidakstabilan hormon
  • Kanser Payudara
  • Kanser Ovari
  • Kanser Usus
  • Endometriosis
  • Kemandulan
  • Fibroid
  • Keguguran
  • Jangkitan pada uterus
  • Melemahkan sistem imuniti badan


Laporan Utusan Pengguna Julai 2002
1. Ancaman Toksin: Lampin Pakai Buang, Tuala Wanita dan Tampon
2. Tuala Wanita: Ancaman Kesihatan Dalam Diam

CIRI-CIRI TUALA WANITA BIASA

Pembungkusan Yang Tidak ’Hygienic’
Pembungkusan di kilang Masih secara manual.
Pembungkus yang tidak boleh ditutup semula setelah dibuka. Mudah tercemar habuk, bakteria, kulat dan lembapan.

Penuh dengan bakteria
”Kandungan bakteria 11 x lebih tinggi dari piawaian antarabangsa”. Ia boleh menyebabkan jangkitan kuman dan kegatalan pada alat sulit wanita. - Laporan Kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) 1987

Tiada tarikh luput (Expiry Date)
Hampir semua pad dipasaran tidak mempunyai tarikh luput. Ada pad yang telah berubah warnanya menjadi kekuning-kuningan masih dijual dikedai-kedai. Berapa pastikah anda ia tidak akan menjejaskan anggota sulit anda?

Pelapik Luar Tidak Telus Haba
Menyebabkan haba dari suhu darah haid terperangkap, alat sulit menjadi lembap dan tidak selesa.

Tiada Bahan Anti-Bakteria.
Pad wanita adalah tempat pembiakan bakteria yang paling ideal kerana terdapatnya protin didalam darah haid. Bakteria dengan mudah masuk kedalam badan melalui vagina dan melemahkan sistem imuniti badan. Bakteria akan memasuki ke dalam sistem badan hanya dalam tempoh 2 jam sekiranya haid ini tidak dicuci.

Setiap wanita menggunakan ~ 15 000 keping tuala wanita sepanjang hayat
(35 tahun ;period pada usia 12 tahun dan menopouse pada usia 47 tahun).
Maka, risiko wanita itu terdedah pada Dioksin adalah
15 000 kali!!!
Patutlah Kanser Serviks (Pangkal Rahim) menjadi Pembunuh No. 2 Wanita Malaysia

Tapi, Kenapakah ANDA masih menggunakan produk-produk tersebut?
Kesihatan anda amat penting. Adakah anda peduli? Bertukarlah kepada Tuala Wanita Berherba Kerana Kesihatan Anda Tanggungjawab Anda..Bila anda sakit tiada siapa yang akan peduli pada anda.
RA telahpun mencuba anda bile lagi..

Utusan Pengguna 1

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Benarkah Kolesterol Punca Penyakit Jantung?

Adawiah Nasier | Friday, July 29, 2011 |


Saban hari kita diingatkan mengenai bahaya kolesterol, antaranya ia merupakan punca penyakit jantung. Statistik menunjukkan bahawa penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. Bilangan kematian akibat penyakit jantung di hospital Kerajaan pada tahun 2005 adalah 5,247 orang. Seperti saya, anda juga tentu percaya bahawa kolesterollah punca penyakit jantung.

Kita semua tahu yang kolesterol HDL adalah baik dan kolesterol LDL tidak baik. Kita juga tahu bahawa kolesterol LDL akan terkumpul di dinding arteri dan menyebabkan penyempitan pembuluh darah. Kolesterol HDL datang untuk membersihkan dinding arteri dari kolesterol LDL. Kita juga diberitahu semakin rendah nisbah antara jumlah kolesterol berbanding kolesterol HDL, semakin rendah risiko kita mendapat penyakit jantung. 

Tahukah anda bahawa kolesterol LDL sebenarnya bukan tidak baik. Kolesterol LDL dalam keadaan asal adalah baik. Badan kita memerlukannya untuk membina membran sel, bahagian sel yang lain dan berbagai-bagai hormon. Sekiranya kita tidak mendapat cukup kolesterol LDL dari makanan, badan kita sendiri akan membuat kolesterol tersebut. Yang menjadi masalah adalah kehadiran radikal bebas, yang menukar bentuk (mengoksida) kolesterol LDL dan menjadikannya tidak baik. Bekalan anti-oksidan yang cukup akan menyelesaikan masalah tersebut. Anda tidak memerlukan ubat yang mahal untuk menurunkan paras kolesterol LDL dalam tubuh anda.

Anda mungkin terkejut atau tidak percaya jika saya katakan kolesterol bukan penyebab penyakit jantung seperti yang selalu digambarkan oleh media. Mengikut kajian, penyebab sebenar penyakit jantung adalah radang pembuluh darah. Kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine keluaran 23 Mac 2000, menunjukkan lebih separuh dari mereka yang mendapat serangan jantung mempunyai paras kolesterol yang normal. Penemuan ini merupakan satu revolusi dalam rawatan dan pencegahan serangan jantung. Daripada berusaha untuk menurunkan paras kolesterol anda sepatutnya mencari jalan bagaimana untuk mengurangkan punca yang menyebabkan radang pembuluh darah. Cara ini boleh memberi kesan besar dalam pencegahan dan pemulihan penyakit jantung.

Kolesterol LDL bukan satu-satunya penyebab masalah radang pembuluh darah. Penyebab utama radang pembuluh darah adalah sesuatu yang dipanggil homosistein dan radikal bebas. Masalah hanya akan timbul apabila kolesterol LDL dioksida oleh radikal bebas. Tanpa radikal bebas, kolesterol LDL tidak akan bertukar menjadi tidak baik. Pernahkah anda mendengar tentang homosistein? Homosistein adalah bahan yang terhasil ketika tubuh kita menghadam makanan, sama seperti radikal bebas. Masalah akan timbul apabila jumlah homosistein yang dihasilkan adalah berlebihan. Dianggarkan lebih kurang 15% dari semua serangan jantung dan strok di seluruh dunia hari ini disebabkan oleh paras homosistein dalam darah yang tinggi. 

Pada tahun 1990, kajian oleh Profesor Dr. Stampfer dari Harvard Public Health School mendapati bahawa sedikit sahaja peningkatan dalam paras homosistein boleh menyebabkan peningkatan risiko mendapat penyakit jantung sebanyak tiga kali ganda. Dalam New England Journal of Medicine keluaran Februari 1995 pula, Dr. Jacob Selhub, Ph.D., melaporkan bahawa paras homosistein dalam darah yang tinggi akan meningkatkan risiko penyempitan dua arteri yang membekalkan darah ke otak (yang akan menyebabkan strok). Selain dari itu Dr. Selhub juga melaporkan bahawa pesakit yang mempunyai paras homosistein yang tinggi juga mempunyai paras asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang rendah dalam tubuh mereka.

Kalau dulu dipercayai bahawa punca penyakit jantung dan strok adalah kolesterol, kajian-kajian dijalankan di abad ke 21 telah membuktikan bahawa homosistein merupakan puncanya. Namun begitu kita tidak perlu bersusah hati kerana masalah tersebut dapat diatasi dengan mengambil bekalan anti-oksidan, asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang cukup.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Membina Sinar Dalam Hati

Adawiah Nasier | Thursday, July 28, 2011 |


Kita mudah tersalah tafsir. Kebaikan orang kadang-kadang memang sebenar-benarnya ikhlas, tetapi kita tersilap tafsir dengan memberikan huraian yang salah. Sekadar untuk kegunaan diri kita mungkin tidak mengapa, masalahnya kita merealitikan untuk diterima pula oleh orang lain.

Kita tidak akan tahu apakah seseorang itu ikhlas kerana kejujuran itu milik peribadi hanya diketahui tuan punya diri sahaja kerana sukar untuk mengukur sejauh mana tahap kejujujuran seseorang.

Hidup memang begitu penuh teka-teki, penuh prasangka, penuh andaian, penuh dengan pelbagai perkara yang kita tidak tahu dan tidak akan tahu. Di sinilah ALLAH menjadi sandaran kita. Dengan adanya ALLAH dalam semua keaadaan hasilnya berbeza.

Persoalan dunia akan selesai dengan sendirinya oleh hati yang berpaut dapada agama. Sesiapa pun dia, siapa pun kita, keikhlasan antara kita mesti ada dan perlu ada.

Rasullullah s.a.w bersabda, "Pokok dari semua hikmat (intisari dari ilmu) ialah takut pada ALLAH S.W.T".

[Dipetik dari Buku Motivasi Karya Dr. HM Tuah]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati

Adawiah Nasier | Tuesday, July 26, 2011 |

Makanan adalah bahan asas untuk kehidupan dan kesihatan, namun begitu makanan juga punca kita mendapat penyakit. Kalau kita mempunyai tabiat makan yang buruk, kita sengaja mengundang penyakit.

Di zaman moden ini kita menghadapi cabaran kesihatan yang agak berat, susah untuk kita menjauhkan diri dari memakan makanan segera yang boleh membahayakan kesihatan kita. Makanan tersebut mengandungi bahan pengawet yang boleh menyebabkan penyakit seperti kanser. Kita juga selalu makan di restoran makanan segera. Minyak yang digunakan untuk mengoreng diguna berulang-ulang kali, amalan ini sangat tidak baik untuk kesihatan.

Kita juga memakan daging dan ayam yang disuntik dengan hormon dan antibiotik. Hormon dan antibiotik ini akan berpindah ke badan kita. Bagaimana dengan sayur-sayuran dan buah-buahan? Buah-buahan dipetik sebelum masak dan dirawat menggunakan gas dan radiasi. Sayuran-sayuran disembur dengan racun serangga. Bahan-bahan kimia ini tidak akan hilang walau pun kita membasuh buah-buahan dan sayur-sayuran yang kita makan. Ini semua membahayakan kesihatan. Tidak hairanlah kalau di zaman ini ramai orang yang mengidap kanser dan lain-lain penyakit kronik.

Bagimana pula dengan air yang kita minum? Adakah ia benar-benar bersih? Kalau anda mengambil air dari paip air di dapur anda dan mengujinya, anda mungkin tidak sanggup meminumnya.

Untuk menjaga kesihatan, kita seharusnya menjauhkan diri dari perkara yang dinyatakan di atas. Kurangkan memakan makanan segera, makan daging atau ayam kampung, makan sayur-sayuran hidrofonik dan buah-buah tempatan seperti manggis, rambutan dsb (yang bebas dari gas & radiasi).

Menurut pakar pemakanan bertauliah, untuk perlindungan dari penyakit, kita perlu mengambil makanan kesihatan atau suplemen seperti  vitamin, mineral, serat dan asid amino. Vitamin A, C dan E kaya dengan antioksidan yang mampu menghapuskan "radikal bebas", ia-itu molekul tidak stabil yang terhasil dari proses dalam badan kita. Dalam tubuh kita terdapat beribu billion molekul yang membentuk sel, sel membentuk tisu, tisu membentuk organ. "Radikal bebas" merosakkan molekul, dan seterusnya sel akan rosak (termasuk sel sitem imun), selepas itu tisu dan lama kelamaan akan merosakkan organ kita.

Cegahlah penyakit sebelum terlambat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Melaburlah Demi Kesihatan

Adawiah Nasier | Tuesday, July 26, 2011 |


Pelaburan demi kesihatan bukanlah sesuatu yang merugikan. Memang benar jika kita berbelanja untuk kesihatan, kita tidak akan menikmati hasilnya dalam bentuk material yakni wang atau harta benda. Tetapi pelaburan untuk kesihatan adalah satu pelaburan yang sangat menguntungkan. Kalau tidak percaya, tanyalah pada yang diuji dengan sakit dan penyakit. Pasti mereka boleh memberikan tazkeerah agar kita lebih mengerti untung rugi melabur untuk kesihatan. Sebabnya, kos mengubati biasanya jauh lebih besar daripada kos pencegahan.

Sebuah hadis Rasulullah S.W.T bermaksud:
”Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara yang lain - keadaan hidupmu sebelum datangnya maut, keadaan lapangmu sebelum datangnya kesibukan, keadaan kayamu sebelum datangnya kemiskinan, keadaan mudamu sebelum datangnya tua dan keadaan sihatmu sebelum datangnya sakit.”

  • Perlukah kita menjaga kersihatan ketika masih muda?
  • Berapa banyakkah wang yang kita belanjakan demi kesihatan?
  • Berapa banyak pula masa yang kita peruntukkan untuk kesihatan?
  • Berapa banyak pula usaha kita untuk memastikan kita sentiasa sihat?

Jawapannya pasti berbeza antara satu sama lain. Mungkin ada yang berpandangan, kesihatan adalah sesuatu yang susah untuk diukur. Ada sesetengah orang nampak ‘sihat’ tapi sebenarnya ‘sakit’. Ada pula yang kelihatan ‘sakit’ tapi sebenarnya ‘sihat’.

Apapun pandangan kita, kesihatan adalah sesuatu yang boleh dijaga, diramal dan diukur. Teknologi hari ini memungkinkan kita melakukan beberapa amalan pencegahan dalam mengekalkan kesihatan. Sesungguhnya tiada penyakit yang tidak boleh diubati kecuali tua dan mati. 

[Dipetik dari sumber : http://www.malaysiaharmoni.com]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jalan-jalan di Taman Bandar, Kuantan

Adawiah Nasier | Tuesday, July 26, 2011 |


 wah angin sepoi2 bahasa kat taman bandar nie.. nyaman je rasenyer..

 Memandang ke arah laut sambil berangan2 tuh.. hehehe
 Antara sebahagian hobi bergambar.. al maklumlah bergambar gune hp berkamera je 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lirik Lagu : Seandainya - Azharina

Adawiah Nasier | Monday, July 25, 2011 |

Seandainya - Azharina 

Seandainya tidur malamku
Diulit mimpi bersama denganmu
Dan andainya dalam jagaku
Bukannya mimpi namun realiti

Kan kugubah puisi indah
Seribu makna
Demi kasihku padamu

Aku rindu kepadamu
Siang malamku
Bagai tak menentu

Oh Tuhanku kabulkanlah
Demi bahagia
Yang kudamba..





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Best Lagu nie...

Adawiah Nasier | Monday, July 25, 2011 |

Di Dalam Sepi Itu = Sudirman

Serasa diri ini
Terpinggir di batas nan sepi
Tak sesiapa menemani

Di dalam sepi itu
Kembali ku mengingati mu
Lalu hati jadi rindu

Aku terperangkap dalam diri
Aku terpaedaya oleh mimpi
Aku dikejari bayang-bayang
Keterpaksaan menyiksakan

Lama ruang hati kekosongan
Lama ku menangis sendirian
Lamam hanyalah hitungan masa
Tak terluntur kenangan indah
Di antara kita

Di dalam sepi itu
Bertakhta bayangan dirimu
Mencengkam sanubariku

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Penjagaan Mata

Adawiah Nasier | Monday, July 25, 2011 |

Mata adalah organ deria yang amat penting kepada manusia. Ia membolehkan kita menerima persepsi terhadap bentuk, saiz, struktur, warna, kedudukan dan jarak antara sesuatu objek dengan kita. Ia membolehkan kita mengenal alam dan diri kita sendiri. Antara fungsi fungsi terpenting mata adalah:
  • Ketajaman Penglihatan (Visual Acuity)
  • Penglihatan Binokular & Stereoskopik

Persepsi warna & Keseimbangan badan

Ketajaman penglihatan membolehkan kita melihat secara menyeluruh (fine and detail) sesuatu objek yang kita lihat. Penglihatan binokular membolehkan kita melihat sesuatu objek dalam tiga dimensi yang membolehkan kita mengetahui jarak dan kedalaman objek. Persepsi bidang penglihatan menyebabkan kita mengetahui dan sedar (aware) kedudukan kita dengan objek di persekitaran. Ini memberikan kita keseimbangan badan yang memudahkan kita bergerak. Menjaga kesihatan mata bererti kita perlu menjaga keseluruhan fungsi penglihatan tersebut. 

Maka setiap kali kita membuat pemeriksaan mata, kita perlu mengetahui apakah kesemua fungsi penglihatan kita dalam keadaan yang sempurna. Jadi pada setiap kali kita membuat pemeriksaan mata, kita perlu memastikan fungsi tersebut telah diperiksa dengan teliti dan dapatkan maklumat tersebut dari pakar yang membuat pemeriksaan (Optometris). Gangguan terhadap salah satu fungsi penglihatan menyebabkan ketidakselesaan. Antara simtom-simtom gangguan fungsi penglihatan adalah:
  • Pening kepala
  • Pedih mata
  • Cepat mengantuk
  • Hilang kosentrasi
  • Kabur penglihatan
  • Mata berair

Kebanyakan kita yang membuat pemeriksaan mata terutamanya dikedai kedai optikal hanya memeriksa satu sahaja dari fungsi penglihatan tersebut iaitu ketajaman penglihatan. Jadi, maklumat kesihatan mata secara menyeluruh tidak didapati. Terdapat banyak kes yang keadaan ketajaman penglihatan normal tetapi masih mengalami masalah dengan fungsi penglihatan seperti mata berair dan silau.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Disebalik Bentuk Bibir Wanita

Adawiah Nasier | Saturday, July 09, 2011 |

Setiap orang mempunyai jenis bentuk bibir yang berbeza dan disebalik bentuk bibir ini, memberi taksiran terhadap tingkah-laku dan karektor seseorang. Kenali jenis bentuk bibir anda untuk mengetahui peribadi anda.

Bibir Tebal
Bentuk bibir kelihatan tebal dan kembang, tidak berapa cantik tetapi kalau pandai mengenakan solekan yang betul, akan kelihatan seksi dan menggoda. Bagi mereka yang memiliki bibir jenis ini, merupakan seorang yang pandai mengatur kewangan dalam perbelanjaan, penyabar serta berani menghadapi dugaan dan cabaran hidup.

Bibir Kecil
Bentuk ini amat disukai, kerana kelihatan comel dan mungil seperti bibir bayi. Mereka yang memiliki bibir jenis ini, merupakan seorang yang suka berterus-terang tetapi mudah merasa rendah diri serta merasa diri tidak bahagia.

Bibir Tipis
Selalu dikaitkan, orang berbibir tipis adalah jenis celupar iaitu suka cakap lepas dan berbisa serta bermulut jahat, tetapi ini hanya andaian dan kalau adapun ianya adalah kebetulan. Dikatakan orang bibir bibir tipis tidak mempunyai prinsip dan pegangan hidup kerana mereka mudah terpengaruh apabila dipujuk rayu iaitu bersikap seperti lalang.

Bibir Kecil dan Sempit
Dikaitkan sebagai seorang yang yang comel dan manis. Mempunyai sifat yang hampir serupa dengan orang berbibir kecil. Bezanya, mereka selalu cepat panik dan bimbang apabila berhadapan dengan masalah serta tidak pandai membuat keputusan. Merasakan diri tidak diberi peluang yang cukup dalam sesuatu keadaan.

Bibir Kehitaman
Bibir kehitaman yang bukan disebabkan merokok, tetapi memang semulajadi kehitaman. Mereka ini dikatakan jenis yang suka berbohong dan bergaduh.

Bibir Pucat
Mereka berbibir jenis ini merupakan seorang yang bersifat panas baran dan cepat marah serta menginginkan kemenangan didalam segala hal dan situasi. Anda mana satu?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Potensi Aura Warna Kuning

Adawiah Nasier | Thursday, July 07, 2011 |

PERANAN AURA DALAM DIRI 

Serba sedikit mengenai warna-warna aura, namun begitu AURA adalah terlalu kompleks dan sentiasa berubah-ubah, ia tidak boleh mentafsir secara mudah berdasarkan pada warna aura itu semata-mata. Pada sekitar akhir bulan Mei saya berminat untuk mengetahui tahap aura dalam diri adakah ia mengalami kebocoran aura seperti yang disebut-sebut diakhbar. Berikut hasil gambaran di atas mengenai diri ini.
  • Warna Kuning adalah satu daripada warna aura yang mula-mula dan paling mudah untuk dilihat.
  • Warna kuning pucat yang mengelilingi garis rambut menunjukkan optimis. Kuning adalah warna aktiviti mental. Ia mempengaruhi peluang pembelajaran yang baru, kepintaran, cerdik dan intelek. Warna kuning adalah warna yang mempengaruhi kekuatan idea dan kebangkitan kebolehan fizik. Semakin dalam dan gelap warna kuning itu akan mempengaruhi sifat yang agak kritikal dan bersifat dogma.
  • Warna Merah adalah warna emosi dan menyediakan sumber energi.
  • Warna Oren adalah satu warna yang melambangkan hangat, kreatif dan emosi.
  • Warna Hijau adalah satu warna yang melambangkan sensitif dan cita-cita yang tinggi. Ia mempengaruhi tumbesaran, simpati dan ketenangan. Ia berkaitan dengan individu yang boleh dipercayai, berdikari dan minda yang terbuka. Warna hijau muda menunjukkan kebolehan penyembuhan. Ia adalah warna kekuatan dan persahabatan. Makin gelap warna hijau mempengaruhi kepada kegopohan, cemburu dan ketidakpercayaan.
  • Warna Biru adalah warna yang mudah untuk dilihat dalam banyak-banyak warna aura. Ia melambangkan kepercayaan atau keyakinan.
  • Warna Ungu Violet adalah warna yang mewakili kehangatan. Ia adalah warna yang mempengaruhi hati dan minda, iaitu gabungan fizikal dan spiritual. Ia mempengaruhi semangat berdikari dan intuisi. Warna keungu-unguan yang semakin tebal menunjukkan kebolehan untuk menghadapi hubungan dengan secara praktikal. Warna yang pucat mempengaruhi kemanusiaan dan hubungan kerohanian. Warna ungu-kemerah-merahan menunjukkan keinginan dan cita-cita yang tinggi.Semakin keruh warna ungu tersebut maka ia menunjukkan kekuatan dalam menghadapi sesuatu. Ia juga menunjukkan imaginasi erotik yang tebal. Ia juga mempunyai kebolehan untuk menarik simpati dan juga seorang yang tidak dapat memahami orang lain.
  • Merah jambu adalah warna kasih-sayang dan warna kesucian. Ia mempengaruhi keceriaan dan semangat setiakawan. Bila melihat dalam aura, ia menunjukkan kesunyiaan, kasih-sayang dan kecantikan. Warna merah jambu menunjukkan seseorang itu tidak matang, terutama warna merah jambu yang agak keruh. Ia juga menunjukkan seorang yang amat amanah, juga seorang yang mempunyai rasa kasih-sayang dan juga seorang yang berwawasan.
  • Warna Emas adalah warna yang menunjukkan tenaga rohani yang cukup dinamik dan seorang yang mempunyai satu kekuatan. Warna emas yang keruh menunjukkan seseorang itu dalam proses membangkitkan inspirasi yang tinggi. Ia juga mempengaruhi proses kimia yang masih lagi aktif, bermakna individu tersebut masih cuba berusaha untuk menukar hidupnya kepada kehidupan yang lebih sempurna.
  • Warna Kelabu adalah warna kemasukan. Ia menunjukkan pergerakan ke arah membongkar kebolehan yang terpendam. Warna kelabu yang hampir kepada warna perak menunjukkan kebangkitan tenaga kewanitaan. Ia juga tenaga dan kebolehan untuk iluminasi, intuisi dan daya imaginasi yang kreatif.Warna kelabu yang agak keruh menunjukkan ketidakseimbangan fizikal, istimewa kepada aura yang berdekatan pada bahagian badan. Ia juga menunjukkan keinginan untuk meninggalkan tiada satu kerja yang diberikan yang tidak akan diselesaikan. Seorang yang mempunyai aura yang berwarna kelabu adalah seorang yang suka berahsia dan seorang yang suka bersendirian.
  • Warna Perang selalunya muncul dalam medan aura. Walaupun kebanyakan orang mengatakan perang sebagai hasil daripada ketidak seimbangan atau kurangnya tenaga, ini adalah tidak benar. Perang adalah warna bumi. Bila ia muncul pada kawasan atas kepala, ia akan mempengaruhi pembesaran yang baru. Aura perang yang melintasi muka atau kepala menunjukkan keinginan untuk diskriminasi. Jika ia muncul di sekitar kawasan cakra, ia menunjukkan bahawa bahagian tesebut perlu dibersihkan. Warna perang susah untuk ditafsirkan, kerana ia senang mempengaruhi kawasan masalah dalam fizikal.
  • Warna Hitam adalah satu warna yang amat mengelirukan dalam spektrum aura. Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa jika aura hitam hadir dalam diri seseorang, ia menunjukkan kematian atau jangkitan penyakit yang berat. Namun ada pendapat mengatakan ianya adalah warna pelindungan. Ia adalah satu warna yang melindungi individu tertentu daripada tenaga luar. Bila melihat aura ini, menunjukkan individu tersebut melindungi dirinya sendiri. Ia juga menunjukkan yang individu tersebut seorang yang ada sesuatu rahsia.
  • Warna Perak berkilauan Ia selalunya amat berkelip-kelip dan berwarna perak. Ia menunjukkan seorang yang terlalu kreatif. Jika hadirnya aura berwarna sebegini, ia sebagai penunjuk yang menandakan individu tersebut individu tersebut seorang yang terlalu kreatif.
Kejayaan Milik Sesiapa Yang Berusaha…

[Dipetik Dari Sumber : linncomel.com & disunting oleh RA]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tempat Kedua Contest BC

Adawiah Nasier | Wednesday, July 06, 2011 |

Pada hari ini diumumkan pemenang untuk pencarian Best Testimonial Contest Moon Couture saya sangat gembira kerana mendapat tempat kedua dari pentandingan itu. Yang sebenarnya bukan hadiah yang menjadi pertaruhan tetapi atas sokongan rakan-rakan pelajar saya menyertainya.

Bukan mudah untuk menyertai contest sebegini banyak cabarannya kadang-kadang link yang diberikan tidak dapat dilihat oleh rakan-rakan FB ramai jugak yang tidak mahu menyokong rakan-rakan walaupun ia sekadar suka-suka.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan perkara yang negatif dan ada juga yang memberi nasihat dan ucapan yang positif.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...