RSS

❤ “Yesterday is a history, tomorrow is a mistery and today is a gift. That’s way it is called ‘present’ - Master Oogway – film Kung fu Panda” ❤

Membina Sinar Dalam Hati

Adawiah Nasier | Thursday, July 28, 2011 |


Kita mudah tersalah tafsir. Kebaikan orang kadang-kadang memang sebenar-benarnya ikhlas, tetapi kita tersilap tafsir dengan memberikan huraian yang salah. Sekadar untuk kegunaan diri kita mungkin tidak mengapa, masalahnya kita merealitikan untuk diterima pula oleh orang lain.

Kita tidak akan tahu apakah seseorang itu ikhlas kerana kejujuran itu milik peribadi hanya diketahui tuan punya diri sahaja kerana sukar untuk mengukur sejauh mana tahap kejujujuran seseorang.

Hidup memang begitu penuh teka-teki, penuh prasangka, penuh andaian, penuh dengan pelbagai perkara yang kita tidak tahu dan tidak akan tahu. Di sinilah ALLAH menjadi sandaran kita. Dengan adanya ALLAH dalam semua keaadaan hasilnya berbeza.

Persoalan dunia akan selesai dengan sendirinya oleh hati yang berpaut dapada agama. Sesiapa pun dia, siapa pun kita, keikhlasan antara kita mesti ada dan perlu ada.

Rasullullah s.a.w bersabda, "Pokok dari semua hikmat (intisari dari ilmu) ialah takut pada ALLAH S.W.T".

[Dipetik dari Buku Motivasi Karya Dr. HM Tuah]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...