RSS

❤ “Yesterday is a history, tomorrow is a mistery and today is a gift. That’s way it is called ‘present’ - Master Oogway – film Kung fu Panda” ❤

Asam Pedas Johor Style CA

Adawiah Nasier | Saturday, July 27, 2019 |



bahan Utama :
=========

4-5 ekor Ikan Sederhana 
(Paling sesuai Ikan Pari)

Bahan kisar (A) :
============
1 biji bawang besar Holland - saiz besar
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 hirisan lengkuas
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
Sedikit belacan
Sedikit udang kering
1 batang serai
1 biji buah keras

Bahan kisar (B) :
===========

10-15 tangkai lada kering (rebus & buang biji)
@  7-8 sudu besar cili kisar - lebih kurang 1/2 mangkuk


Lain-lain bahan :
==========
 1 batang serai -diketuk
1 cawan air asam jawa @ 2 sudu besar 
4-5 bendi (potong pangkal & hujung)
1 batang bunga kantan (belah 2)
1/2 ikati daun kesum 
1 biji tomato (dah siap masak ) 

Garam Pink (Garam Himalaya)

Gula Perang aka brown sugar (Gula orang buat kek)

===========
Cara Memasak :

1. Rebus dahulu lada kering guna air panas supaya cepat lembut. Isi dalam bekas berlubang (tapis)  ambil garfu kacau sehingga biji² keluar. Cari Bekas lain yang lubang besar sedikit lalukan pada air supaya biji serta air pedas lada tu hilang. Blender dengan sedikit air bersama sedikit minyak + sedikit garam pink (garam himalaya).

2.  Panaskan minyak yang agak banyak sesuai dengan jumlah bahan kisar. Tumis bahan kisar bersama serai sehingga garing dan naik minyak.

3.  Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili masak garing dan naik minyak. Masukkan ikan. Tunggu dalam seminit dua. Masukkan air asam jawa dan masak sehingga pecah minyak lagi sekali. Masukkan air dalam 2 mug biarkan mendidih, baru dimasukkan bendi dan bunga kantan serta daun kesum.


4. Tutup periuk masak sehingga mendidih. Perasakan dengan garam pink & brown sugar. kacau lebih kurang terus tutup api supaya khasiat garam pink tak hilang dan memberi manfaat untuk kesihatan kita. akhir sekali masukkan tomato. Siap untuk dihidangkan untuk yang tersayang.

Nota : Untuk 4-5 ekor ikan sederhana. Untuk nak dapatkan garam pink @ garam himalaya search sahaja di FB/IG : #GaramNur

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...