bahan Utama :
=========
4-5 ekor Ikan Sederhana
(Paling sesuai Ikan Pari)
============
1 biji bawang besar Holland - saiz besar
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 hirisan lengkuas
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
Sedikit belacan
Sedikit udang kering
1 batang serai
1 biji buah keras
Bahan kisar (B) :
===========
10-15 tangkai lada kering (rebus & buang biji)
@ 7-8 sudu besar cili kisar - lebih kurang 1/2 mangkuk
Lain-lain bahan :
==========
1 cawan air asam jawa @ 2 sudu besar
4-5 bendi (potong pangkal & hujung)
1 batang bunga kantan (belah 2)
1/2 ikati daun kesum
1 biji tomato (dah siap masak )
Garam Pink (Garam Himalaya)
Gula Perang aka brown sugar (Gula orang buat kek)
===========
Cara Memasak :
2. Panaskan minyak yang agak banyak sesuai dengan jumlah bahan kisar. Tumis bahan kisar bersama serai sehingga garing dan naik minyak.
3. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili masak garing dan naik minyak. Masukkan ikan. Tunggu dalam seminit dua. Masukkan air asam jawa dan masak sehingga pecah minyak lagi sekali. Masukkan air dalam 2 mug biarkan mendidih, baru dimasukkan bendi dan bunga kantan serta daun kesum.
4. Tutup periuk masak sehingga mendidih. Perasakan dengan
garam pink & brown sugar. kacau lebih kurang terus tutup api supaya khasiat
garam pink tak hilang dan memberi manfaat untuk kesihatan kita. akhir sekali masukkan tomato. Siap untuk
dihidangkan untuk yang tersayang.
Nota : Untuk 4-5 ekor ikan sederhana. Untuk nak dapatkan garam pink @ garam himalaya search sahaja di FB/IG : #GaramNur