RSS

❤ “Yesterday is a history, tomorrow is a mistery and today is a gift. That’s way it is called ‘present’ - Master Oogway – film Kung fu Panda” ❤

Rendang Daging Bonda

Adawiah Nasier | Selasa, Mac 17, 2026 |

Rendang yang telah siap di masak. Panas² tuu.. ♡♡ Rendang resepi tradisi ini hanya 2x setahun sahaja hihi. Mood nak membuatnya time raya jer hehee ♠



Tips : Rendang tradisi ini lebih enak jika di masak pagi sehari sebelum raya contoh pagi Khamis sehingga pagi Sabtu masih helokk lagi uolss dengan syarat jangan di cuit dengan tangan. Pastikan pakai sudu/senduk.. Jika terkena tangan makanan akan cepat basi. 

Meh kita lihat bahan² untuk 2 kilo daging segar. 

Rendang Daging + Ketupat Nasi
===============================

Bahan Utama :

1 kilo Daging Segar -Batang Pinang (dipotong dadu/sedang)
1 liter Santan kotak Ayam Brand (kurangkan 2 cawan)




A) Bahan Tumis :

2 pek kecil rempah tumis
14 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
1 peket kecil udang kering (cincang halus)
3 batang serai di hiris sedikit (naik bau)


B) Bahan Rempah :


3 sudu besar kari ayam & Daging (Adabi) @ 1 pek kecil
3 sudu besar serbuk rendang (Adabi) @ 1 pek kecil

C) Bahan untuk dikisar (1) :

20 ulas bawang merah
15 ulas bawang putih
10 biji cili padi merah
6 biji cili merah besar
6 cm halia
6 cm kunyit hidup
6 batang serai
6 cm Lengkuas
4 biji buah keras (hiris halus dahulu)
segenggam ikan bilis

[NOTA : Kisar guna minyak masak, sedikit gula & garam untuk cepat masak dan larut]


D) Bahan Kisar (2) :

10 tangkai cili kering (rebus & sejukkan)
2 sudu minyak masak
2 biji buah keras (hiris halus dahulu)
sedikit air (anggaran blend)


Atau pilihan kedua : Boleh gantikan dengan Ibu Sambal. Raya 2026 saya malas nak blend lada saya guna jer Ibu Sambal by Ibu Azah beli kat Tik tok dia 3 peket RM 35 rasanya hihi..



E) Hiasan (1) :

1 keping gula merah bulat (potong kasar)
4 helai Daun kunyit (hiris kasar)
2 peket kecil Kerisik @ 4 sudu
2 keping asam keping
3 helai daun limau purut (buang garisan tengah)


E) Hiasan (2) :

4 helai Daun kunyit (hiris halus) -tabur bila dah siap
4 sudu Garam Masakan Fararmy
5 sudu Gula perang (mengikut citarasa)

Nota : Beli lebih daun kunyit sebab nanti nak panaskan semula kene taburkan lagi ya.. tetapi kalau di halaman rumah dah ada petik sahaja hihi..


Cara memasak Guna :

Langkah Pertama :

Siapkan semua bahan yang perlu di kisar dahulu baru bahan tumis untuk memudahkan masa memasak. sediakan Bahan A, B & C. Baru On kan atas dapur ya. 2026 guna dapur tanam jenama B mmg cepat ler memasak sebelum ini guna Pressure Cooker so malas nak on plug dia ahaks!


Masukkan minyak untuk menumis dengan api perlahan masukkan Bahan A tunggu seketika nampak nak garing masukkan Bahan B (tabur sahaja tanpa campur dengan air). Masukkan sedikit air. Goreng kekuningan.

Langkah Kedua :

Masukkan bahan Kisar (1). Sedikit garing masukkan bahan Kisar (2) @ gantikan dengan Ibu Sambal Pilihan anda ehh pilihan saya. Nampak warna keperang-perangan masuk Hiasan (1) supaya naik aroma masakan kita.


Langkah Ketiga :

Campur 3 cawan santan kotak hasil dari 1 liter tadi + secawan kecil air untuk dapatkan seperti santan cair. Masak dengan api yang sederhana. 

Selepas santan masak bersama Rempah baru masukkan Daging, supaya daging batang pinang tak mengecut sebab kan nak simpan seminggu bila panaskan taklah mengecut. Kalau guna daging biasa kena letak awal lah ye.. sebab saya tak pernah lagi pakai daging biasa. Maklum lah bahan premium sebab anak tekak yang makan hihi..

Tips penting : 2026 kali ini saya all out tukar step memasak saya blend bahan kisar guna minyak tempoh memasak sangat sekejap dalam tempoh 4 jam sahaja. sebelum ini proses pengeringan selama 7 jam. Jimat masa boleh sambung nonton cerita Astro percuma hihi.. 

Langkah Keempat :

Air Daging nampak dah makin surut, tambah baki santan 2 cawan lagi tanpa air untuk dapatkan santan pekat. Masukkan Hiasan (2) (kecuali Garam/Gula). Tunggu untuk proses keringkan Rendang 2 - 3 jam kacau sekali sekala. 

Tips : Tak nak bau rempah sangat segala kulit kayu manis sambil2 kacau bawa keluar sekali termasuk Asam keping ya.

Langkah Kelima :

Pastikan guna kuali non-stick supaya x hangit rendang + tak melekat kat kuali. Pilihan saya Ecowin 32 cm ahaks!. Sebab ada beza pakai kuali biasa. Tak caya try test. Saya dah cuba kedua²nya beza memangg berbeza. Kacau sebati dan biarkan sehingga kering. Perasakan dengan Garam Masakan @ Garam Gunung/Garam Bukit & Gula perang mengikut selera pantai timur. 


Tips : Elakkan guna garam putih, masakan x kekal lama dan cepat berbau. Rendang Raya ini mengambil masa 4 jam 30 minit untuk siap dimasak. Menu ini sesuai untuk bagi yang berjinak² nak masak rendang. Rendang tak kering sangat nice! ♡ Lihat hasilnya di bawah ♡. Nota : jika masak sempurna tahan seminggu hampir setiap kali raya inilah bahannya. Dengan syarat setiap malam perlu panaskan balik sebelum di simpan beku. Kalau malas rosak lah rendang uiii.. cara saya kali ini saya simpan dalam 2 bekas. time nak panaskan saya taburkan lagi daun kunyit aroma dia tak boleh bawak bincang beb!



Tips Tambahan : lihat gambar di atas minyak banyak kan ini belum salin dalam bekas ya ini hasil dari santan dan minyak waktu blend kan bahan. so cara saya saya ambil bekas bertutup pindahkan minyak ini dalam bekas lain bila nak buat nasi goreng atau telur goreng gunakan balik. sedap dia yaa ampon.. paling sedap bubuh dalam megi tumis pehh syahduu beb :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...