RSS

❤ “Yesterday is a history, tomorrow is a mistery and today is a gift. That’s way it is called ‘present’ - Master Oogway – film Kung fu Panda” ❤

Puding Roti Karamel

Adawiah Nasier | Monday, May 04, 2020 |



Lapisan Gula Karamel :
4 sudu besar gula pasir
2 sudu air panas

Bahan Untuk Puding :
4 keping roti potong – potong 4-6 @ kecil-kecil
250 ml  air tapis

Klik Read More deh untuk teks @ gambar gituuu.. 😊


250 ml  susu cair / susu segar
125 ml cawan susu pekat manis
3 biji telur – (kacau dahulu dalam bekas lain)
1 sk esen vanilla

Cara cara Memasak Lapisan Atas :

1. Sediakan Loyang saiz 6” (paling okey saiz 5”). Panaskan Loyang atas api yang perlahan. Masukkan Gula & air, masak gula di dalam sehingga sedikit keperangan. Kacau sehingga gula larut di dalam loyang dan biarkan karamel mengeras. Ratakan dalam seluruh bekas.





Cara cara Memasak Lapisan Bawah :

2. Rendam roti dalam susu dalam 5- 10 minit di dalam blender. Sementara itu pecah telur dalam bekas, buang warna putih pada telor macam cecair (fungsi untuk hilangkan rasa hanyir puding). Selepas 10 minit rendam masukkan telur, susu pekat, air & esen vanila ke dalam blender. Blender halus.

3. Tapis dalam Loyang yang ada lapisan Gula Karamel. Kukus selama 40 minit. Pastikan penutup pengukus balut dengan kain (saya guna kain batik aje). Step ini bagi yang kukus guna atas dapur ye.

4. Sejukkan dahulu ambil bekas berisi air untuk mempercepatkan proses sejuk cara saya. Balut dengan pelastik makanan. Masuk dalam peti selama 3-4 jam. Selepas itu waktu nak potong, ambil pisau hiris keliling supaya masa nak terbalikkkan tu tak pecah dan kejadian dia cantik ajer nanti. Terbalikkan, ketuk-ketuk sedikit baru angkat loyang. Elok buat pagi untuk makan masa berbuka nanti. Sejuk di tekak uolss :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...