🍜🔥BAHAN TUMIS :
Sedikit daun kari
I peket kecil rempah tumis
BAHAN KISAR 1 :
5 biji bawang merah sederhana
8 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai
BAHAN KISAR 2 :
1 peket serbuk kari ayam & daging
3 sudu serbuk cili
3 sudu serbuk ikan
5 ekor udang segar (buang kepala)
Segenggam kerang (tak perlu rebus)
Sedikit udang kering (rendam air panas)
Sedikit ikan bilis (rendam air panas)
BAHAN KUAH :
1 peket Fishball (belah 2)
3 biji kentang (potong dadu)
Sedikit gula merah
Sedikit sos tiram
Sedikit Asam Jawa
BAHAN HIASAN :
2 pack mee kuning (rebus 2 minit)
1 peket sawi (direbus sekejap)
1 peket kecil Tauhu pok kering (di goreng)
1 peket kecil Fishcake (di goreng)
Sedikit taugeh (rendam di dalam ais)
Sedikit limau kasturi (belah 2)
Sedikit bawang goreng
BAHAN AKHIR :
1 @ 2 kotak kecil santan
3 sudu garam bukit
2 sudu gula perang
CARA-CARA PENYEDIAAN MEMASAK :
BAHAN HIASAN :
2 pack mee kuning (rebus 2 minit)
1 peket sawi (direbus sekejap)
1 peket kecil Tauhu pok kering (di goreng)
1 peket kecil Fishcake (di goreng)
Sedikit taugeh (rendam di dalam ais)
Sedikit limau kasturi (belah 2)
Sedikit bawang goreng
BAHAN AKHIR :
1 @ 2 kotak kecil santan
3 sudu garam bukit
2 sudu gula perang
CARA-CARA PENYEDIAAN MEMASAK :
1. Blender dahulu Bahan Kisar 1 bersama sedikit air, garam dan minyak masuk dalam bekas lain. Tambah sedikit air blender terus Bahan Kisar 2 tambah garam dan minyak juga.
2. Tumis dahulu daun kari bersama rempah tumis pek kecil. Masuk Bahan Kisar 1 sehingga agak sedikit kekuningan. Masukkan Bahan Kisar 2 tumis dengan sedikit air dalam bekas blender. Tumis sehingga pecah minyak, tambah setengah cawan air, tumis lagi tambah setengah cawan air lagi. Lagi lama tumis lagi sedap ya. Masukkan sedikit gula melaka dan sos tiram.
3. Sementara tunggu bahan tumis sediakan Bahan Hiasan. Cara saya saya rebus dahulu mee kuning sekejap sahaja dan angkat. Celurkan sawi sekejap juga terus ambil air sejuk peti @ ais untuk nampak fresh. Goreng sekejap tauhu pok dan Fishcake. Rendam dahulu dengan ais taugeh. Potong 2 limau kasturi. Kalau lihat dalam gambar saya beli daun bawang next saya skip sebab dah ada sawi.
4. Bahan tumis tadi dah garing masukkan 5 cawan mug air dengan Bahan Kuah. Agak mendidih masukkan 1 kotak santan 200 ml @ setengah kotak lagi (bergantung nak pekat atau cair). masukkan garam bukit 2 sudu besar & 2 sudu gula perang.
5. Sedia untuk dihidangkan bersama sambal tumis segera by Ibu Azzah.

.png)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)




