RSS

❤ “Yesterday is a history, tomorrow is a mistery and today is a gift. That’s way it is called ‘present’ - Master Oogway – film Kung fu Panda” ❤

Laksa Pahang Pressure Cooker

Adawiah Nasier | Sunday, January 24, 2021 |

Assalamualaikum.. saya nak share cara buat Laksa Pahang guna Pressure Cooker. Sangat memudahkan kerja apabila memasak. Sebelum ini saya menggunakan cara lama isi ikan perlu diasingkan daripada tulang bukan? so kali ini sangat mudah.. 

Hidangan untuk 6-7 orang 
Bahan-Bahan :

7 ekor Ikan Selayang (siang ambil badan sahaja)
500 ml Santan Segar (lebih sedap)
1 paket Laksa Besar Bukit Jenama Eka (pilih jenis kasar)

Klik Read More deh untuk teks @ gambar gituuu.. 😊
Lain-lain :
2 keping Asam Keping
1 ikat daun kesum 
2 biji Bawang Merah (Sederhana)
2 sudu Lada Hitam (kasar) @ sepeket kecil
1 cili Merah (Besar)
4 cili Padi Merah
8 biji Limau Kasturi (5 biji -hiasan | 2 biji -Kuah | 1 biji -sambal)

Bahan Hiasan :
5-6 helai kacang panjang
Sedikit Salad Import
Segenggam Taugeh 
1 biji Timun 
5 biji Limau Kasturi 
Sedikit Daun Pudina 
Garam Bukit & Gula Perang

Cara Memasak :

1. Buka dari paket Laksa Beras tak perlu rebus terus masuk dalam periuk Pressure Cooker tambah air mengikut paras laksa setting PC pilih mode Rice P05 sampai mode bb lepaskan wap dia. Keluarkan sejukkan dalam bekas untuk tapis airnya. 




2. Untuk proses ikan pula (cara saya ikan tu potong terus kepala & ekor) tambah 2 asam keping. Masukkan dalam periuk (setelah sejuk sedikit jika ada 2 periuk adalah amat bagus). Paras air untuk periuk 6 liter saya isi 2/5 (nombor yang tertera). 

Nota : Boleh adjust kurang sedikit aritu buat berlebihan pulak kuahnya. setting PC pilih mode Bean/Tendons P50 sampai mode bb lepaskan wap dia.



Keluarkan ikan dahulu. Lihat hasilnya dahulu. Tapis air rebusan ikan dalam bekas lain. 

 

3. Tumbuk halus Lada Hitam. Blender halus Lada Hitam bersama air rebusan ikan tadi dalam 1 cawan. Tapis airnya sahaja.

4. Panaskan periuk @ kuali besar Ikea 40cm tu mudah sikit nak masakkan kuah. Masukkan santan segar (beli siap tak reti parut2 nih hihi). Panaskan dalam 5 minit. 


5. Sementara panaskan kuah. Blender halus Bawang Merah bersama + Ikan + air rebusan ikan tadi dalam 1 cawan. Terus masuk dalam kuali. Jangan lupa air lada hitam yang ditapis.





6. Tambah 4 cawan air rebusan tadi bersama daun kesum (kali kedua buat terlupa nak isi daun kesom tak isi sedap jugak). Kacau sekali sekala. Pastikan sehingga nampak minyak keluar dan kuah nampak berubah sedikit warna. Masak supaya kuah ikan berwarna coklat.

7. Sementara masak kuah sediakan sambal berkuah. biasa orang buat yang tumbuk. Ambil cili padi + cili merah besar + 1 biji hirisan limau kasturi. Tambah garam 1 sudu kecil + gula perang 2 sudu besar. Blender kering semua. Pilih blender yang jenis kalau ada yang berkuah dia tak keluar air. Sambal dah siap terus ke langkah selanjutnya untuk hiasan Laksa kita. 


8. Ssediakan bahan hiasan. Salad tu saya gunting kecil-kecil, timun tu saya guna pisau parut mangga tu haa. Part paling sukar nak beri kacang panjang halus, part paling lama taugeh tu nak buang hujung dia hehe..potong dua limau kasturi.. di bawah tu ada kobis saya tak syorkan kobis macam tak berapa sesuai sebab malas hiris halus-halus parut ajer.. 
Nota : Next saya nak gantikan dengan daun pudina (hari tu cari tiada pulak).

 

Dah mendidih nampak seperti pecah minyak. Tutup api. Masukkan Garam Bukit + Gula Perang + air Limau Nipis sahaja. Hasil seperti di bawah. Dah siap kuah sedia untuk dihidangkan bersama ulaman & sambal.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...