RSS

❤ “Yesterday is a history, tomorrow is a mistery and today is a gift. That’s way it is called ‘present’ - Master Oogway – film Kung fu Panda” ❤

Burnt Cheese Cake Sedap

Adawiah Nasier | Monday, June 05, 2023 |

Assalamualaikum atas permintaan Group Russell Tylor nak kan resepi gigih laa jugak bukak laptop petang-petang ni haa.. :) tak sangka pulak ada jugak nak resepi sedangkan ramai kot dah beri resepi Burnt Cheese Cakes. sebab bila baca komen ada yang keliru macam mana kek ni naik gebu lepas tu pakai Yogurt.. biasanya kek macam ni saya lihat rakan-rakan FB buat mendap.. 

Tapi saya pakai oven hari tu memang mendap pon boleh jadi saya tak tahu suhu yang tepat.. maybe tak reti kot.. saya bukan baker tapi saya cikgu komputer hehehe.. alaa sekadar suka-suka bila tiada class komputer saya free-free tu buat je laa apa yang saya suka makan tak gitu.. 


Model : Air Fryer AF24 (Russel Tylor) 
Suhu : 170 | Masa : 25 Minit + Suhu : 190 | Masa : 15 Minit 
Resepi : Burnt Cheese Cake
Penyediaan + Masak : 1 jam 
(Dah gaya macam Buku Resepi asik study buku resepi kan hihi)

Bahan-bahan :
=========
⇛  250g Cream Cheese (Jenama Tartura)
⇛  Telur 3 Biji Gred A (sengaja beli A hari buat beli gred E mendap)
⇛ 110g Yogurt Low Fat (lihat gambar ya)
⇛  2 Sudu Besar Tepung Naik Sendiri (jenama Kijang)
⇛  5 Sudu Besar Gula Perang 
⇛  1 sudu kecil Garam Himalaya
⇛  1 sudu kecil esen Vanilla
⇛  sepotong Lemon (perah dalam cawan)
⇛  Gula Icing (untuk hiasan atas kek)

Cara-cara membuatnya :
=================
1. Sejukkan Cream Cheese keluarkan dari peti dalam 10 minit. Saya guna Mixer telur sahaja ya.. Beli kat Lazada sahaja dalam 30++ gitu murah lah dari mixer yang lain sekadar nak buat sekali dua kan di bawah gambar dia hanya guna speed 2 sahaja asal ada 7 speed dia. Tadi buat tak amik gambar sebab tak sangka orang nak resepi hehehhehe.. next la yek..


Nota : Sementara itu sapukan mentega bekas kek saiz 6" alaskan dengan alas baking kek yang ini saya beli lama dah kat TMG yang dalam dia boleh tolak ke atas. tak tau ape ke nama nampak lawo terus beli hehehe... 


2. Mix kan dahulu Cream Cheese bersama 1 kuning telur (putih telur asingkan dahulu). 2 biji telur lagi kacau dulu dalam bekas dulu terus campur dengan putih tadi sehingga berbuih sedikit.. sambung putar lagi masuk separuh dulu.. sambung masuk separuh lagi.

3. Masukkan gula perang + garam himalaya. Masukkan Yogurt mix lagi supaya nampak macam buih-buih tu hilang. sebelum ni pakai Blender dia macam tak hancur sangat.

4. Masukkan air perahan lemon + esen Vanilla. Masukkan tepung kek naik sendiri. Putar lagi dalam 2-3 minit..


5. Ambil senduk buat kek tu yang lembut kacau rata. Cari pemutar telur kacau lagi dalam 5 minit.. Cari tapis untuk tapis adunan sebab ada letak Yogurt kan so tapis dia punya adunan. 

6. Masukan dalam bekas loyang tadi. Tutup permukaan atas kek dengan alumunium foil (untuk tak nak bagi kek terbakar).On Air Fryer setkan 170 untuk 25 minit. Tambah lagi suhu naikkan kepada 190 untuk 15 minit. 




7. Masukkan dalam peti dalam 4-5 jam. Ya Allah sejuk di tekak uols.. boleh cuba ikut resepi ini ya.. sebelum saya buat kek ni saya mendap.. mengikut kajian saya jenis gred telur memain peranan. Beli Gred A terus selalu chef kata B kan hihi. Lagi satu jika guna tepung gandum dia tak gebu better tepung naik sendiri.. kajian saya lah,, jangan marah uols..



Yang ni saya try potong tak nyompat-nyompat nak lihat hasil..:)

Akhir sekali, cari Garfu + Sudu isi atas kek taburkan icing atas kek untuk corak hiasan juga boleh tambahkan Strawberry sebagai hiasan.  Lihat contoh by Google bagi yang bajet lebih lah he..he..

Simpan dalam blog resepi senang next hanya taip nama resepi untuk nak beli bahan-bahan nak buat kek. bukan semua bende boleh ingat di ingatan walaupon kiter ni cikgu komputer sekali pon ewahh :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...