RSS

❤ “Yesterday is a history, tomorrow is a mistery and today is a gift. That’s way it is called ‘present’ - Master Oogway – film Kung fu Panda” ❤

Makanan Penyebab Utama Kanser

Adawiah Nasier | Saturday, June 10, 2017 |

Gerun dibuatnya dengan kematian sorang demi sorang akibat bermacam jenis kanser. Baru je Malaysia dikejutkan dengan kematian adik Syahid kini Malaysia dikejutkan sekali lagi dengan kematian Shea Rasol, seorang blogger dan personaliti terkenal negara akibat sejenis kanser pundi kencing. Terbaru Julia Perez kanser servik.

⇨ Kanser ni memang penyebabnya banyak faktor ( multifactorial ) tapi sekurang kurangnya kita kena tahu la sedikit sebanyak benda yang boleh menyebabkan kanser lebih-lebih lagi makanan yang kita duk hidang kat anak kita tiap-tiap hari tu.
⇨ Sebab tu ada beberapa makanan yang perlu dielakkan & dikurangkan. Antaranya :
1. Hotdog atau sosej
- Mengikut American Institute of Cancer Research, sebiji hotdog yang dimakan perhari boleh meningkatkan risiko terkena kanser pada bahagian usus dan rektum sebanyak 21%
2. Soda dan air tin berkarbonat

- Dengan bermacam jenis pewarna tiruan, pengawet dan kandungan fructose-corn syrup yang tinggi dalam air berkarbonat ni memang buat saya seram nak minum.
3. Makanan Yang Dipanggang

- Ramai tak tahu sebenarnya daging lembu, ayam dan seafood panggang ni boleh menyebabkan kanser lebih-lebih lagi kalau dipanggang menggunakan kepanasan yang tinggi. Protein dalam makanan tu semua akan berinteraksi dengan haba yang panas ketika aktiviti memanggang dan membentuk Heterocyclic Amines ( HCAs ) yang bersifat carcinogenic!

Jadi, kalau memang nak makan jugak makanan yang dipanggang ni korang kena guna teknik special dari Taufiq Razif ajar ni supaya risiko nak kena kanser tu akan berkurangan. Antaranya :
+ Panggang makanan tu dengan suhu yang rendah. Biarkan dulu api dan arang tu agak sedikit malap barulah mula memanggang.
+ Jauhkan makanan yang dipanggang tu daripada sumber api dan arangnya. Warna hitam yang terbentuk atas makanan yang dipanggang tu sebenarnya sangat bersifat carcinogenic dan merbahaya.
+ Ada 2 cara lagi nak kurangkan HCAs  dalam makanan yang korang panggang tu adalah dengan selalu membolak balikkan ( flip ) makanan tu setiap minit dan jugak korang marinate-kan dulu daging ataupun ayam tu sebelum panggang. Ajaibnya, marinate boleh mengurangkan pembentukan HCAs yang merbahaya tu sebanyak 96 % .

⇨ Tolong la sebarkan info ni pada mereka yang bergelar mak ayah. Mungkin tanpa mereka sedar mereka sebenarnya sedang membunuh anak mereka perlahan-lahan dengan menghidangkan kepada anak-anak mereka makanan yang boleh menyebabkan anak mereka sendiri terkena kanser suatu hari nanti.

(Kredit Teks Asal : Taufiq Razif)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...