RSS

❤ “Yesterday is a history, tomorrow is a mistery and today is a gift. That’s way it is called ‘present’ - Master Oogway – film Kung fu Panda” ❤

Berjaya Atasi Fobia Berbekam

Adawiah Nasier | Sunday, May 07, 2017 |

Assalamualaikum.. Hari ini saya nak share kelebihan berbekam yang saya jalani 04hb Mei 2017. Saya amat fobia dengan berbekam sejak kes saya tak boleh tidur tegak terpaksa mengiring & terpaksa menanggung sakit lebih kurang seminggu pada 2015.

Sejak dari kejadian saya tidak terbuka hati untuk berbekam lagi.. Minggu lepas saya buka FB lagi satu terbaca dalam group Kuantan tentang berbekam ni.. Sebenarnya saya jarang baca Group FB ni kebetulan rasa nak klik posting Izzah Ab Aziz ni baca keseluruhan saya WhatsApp Izzah sebelum ni saya pernah WA dia untuk beli bateri laptop. Kali ini booking untuk sesi berbekam.
Dalam hati memang ada rasa takut yang amat sangat tapi kuatkan semangat juga sebab
nak sihat kata-kata semangat Izzah membuatkan saya yakin untuk meneruskan sesi berbekam (lebih kurang 34 tempat bekam). Kita nak beri ilmu untuk orang jadi kita perlu sihat dahulu kan? Kebetulan saya buat servis mengajar ke rumah/pejabat untuk modul kerja pejabat di www.komputerkuantan.com untuk orang nak berbisnes belum mulakan lagi modulnya hehe..

Berbalik kepada bekam yang saya buat ini lepas balik dari berbekam jam 1 petang. Saya rehat2kan minda dahulu jam 6 baru saya mandi dengan bilasan Mandian Terapi #GaramNUR. Lepas mandi tu saya rasa seperti dapat kaki yang baru lenguh-lenguh selepas berbekam tu hilang.

Dapatlah saya buat kerja rumah dari jam 6 petang hingga 9 malam non-stop seperti ibarat baru bangun pagi. Kalau kebiasaan x dapat buat semua tugasan rumah sebab lenguh kaki + badan pulak banyak angin itu juga punca tak lalu makan. Lepas buat bekam makan pon rasa berselera makan burger sebijik rasa cukup ditambah pulak dengan Yong Taufu kebetulan malam tu hantar dobi pakaian, food truck ada menjual menu malam di simpang BR 2 ini.

Lepas buat bekam 2-3 hari ini badan ada rasa gatal-gatal ini semua untuk pembersihan detox dalam badan.. Gatal tu jangan cakap lah hehehe mujur saya sapu dengan minyak daun semeru diselang seli dengan minyak angin terapi Oil #Nurhimalayansalt. Malam tadi saya sapu dengan Losyen Mutiara gatal-gatal kurang sedikit demi sedikit. Kesan bekam pon semakin hilang.
Next saya akan membuat rawatan resdung dari pati Santan katanya menarikkk tuuu. Biar kita sayang diri kita dahulu sebelum kita nak sayang orang lain.. Bila kita sakit tak akan ada yang nk cara diri kita.. Cewahh gituu ..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...