RSS

❤ “Yesterday is a history, tomorrow is a mistery and today is a gift. That’s way it is called ‘present’ - Master Oogway – film Kung fu Panda” ❤

Nasi Goreng Masam-Masam Manis

Adawiah Nasier | Wednesday, April 08, 2020 |


Nasi putih  - untuk 4 orang
(isi dalam peti lagi lama lagi sodap)

Bahan Blender Kering :
* 4 ulas Bawang Merah
* 3 ulas Bawang Putih


Klik Read More deh untuk teks @ gambar gituuu.. 😊
* 2 ulas Cili Padi Hijau
* 2 ulas Cili Padi Merah
* 2cm Halia
* 2cm Kunyit Hidup
* Sedikit Belacan (goreng/bakar)
* Sedikit Ikan Bilis (rendam air panas -3 minit)
* Sedikit Udang Kering (rendam air panas -3 minit)

Bahan Lain-lain :
Ikan Bilis (goreng)
Telur 2 biji
Sawi - batang pendek²
Kobis bulat
Sedikit Fishball (jika ada)
2 biji Epal Merah (potong dadu) 

Perencah Tambahan :
½ sudu Kecil Asam Jawa Adabi @ cuka buah
1 sudu Sos Tomato
1 sudu Sos Apai
2 sudu Kicap Manis
1 sudu besar Gula Perang
1 sudu besar Garam Pink/Garam Bukit

1) Goreng dahulu ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan. Minyak yang sama masukkan bahan utama bahan blender kering yang bertanda di atas (*). Selepas itu masukkan telur. Biarkan seketika.
2)  Masukkan bahan perencah tambahan. Tumis sehingga garing. Masukkan nasi + sayur + epal. Akhir sekali baru masukkan gula & garam. Tutup api.

Nota : Saya gunakan blender yang jenis Grinder Meat bagi yang rajin boleh tumbuk semua bahan ye. Lengan saya lenguh tak boleh menumbuk lada.. Menumbuk orang boleh ahahah gurau manjer ehh.. Tiberh! 




Haa mana² Yang Tanya tu apa tu sos Apai? See my level ehh ehh bukan see my link uolss hihi http://bit.ly/sosApai1

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...