RSS

❤ “Yesterday is a history, tomorrow is a mistery and today is a gift. That’s way it is called ‘present’ - Master Oogway – film Kung fu Panda” ❤

Sambal Tumis Johor (Ikan Bilis)

Adawiah Nasier | Thursday, January 02, 2020 |




Klik Read More deh untuk teks @ gambar gituuu.. 😊





Sambal ini style CA ye he..he..
[Untuk bahan resepi.. klik Read More di bawah link biru ya ⇓]



Bahan Utama :
Semangkuk kecil ikan bilis -belah)
Cili Kering Segengam -Rebus -buang biji

Bahan Kisar 1 :
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm Halia
2cm Lengkuas
2cm Kunyit hidup
1 batang serai (hiris halus)

Bahan Kisar 2 :
Cili Kering
sedikit ikan bilis (direndam air panas)
Sedikit garam + minyak masak

Bahan-bahan lain :
1 sudu asam jawa (pes Adabi)
1 keping gula kerek kecil
2 sudu Sos Tomato
Gula + Garam Pink

Hiasan : Ikan Bilis Goreng (Tabur)
+ Bawang Goreng (Taburkan)
1 Batang Serai (Tumis)

Panaskan minyak, tumis 1 batang serai dalam seminit dua, masukkan bahan kisar 1 tadi tumis sehingga naik bau. Sekiranya minyak kurang tambahkan minyak. Kemudian masukkan bahan kisar 2, dah nak kering masukkan sedikit air panas (1 mug air panas bahagi 5x).. Nampak kurang minyak tambah sikit-sikit. Rasa tekstur tu makin ringan maknanya nak dekat masak ler tuu..
.
Terus masukkan asam jawa + gula kerek..
.
kuatkan api sedikit hampir kering air sedikit (ulang 4x lagi hingga lada betul² masak).
.
Nak tahu dah masak lada nampak coklat² sikit ke arah garing.
.
Tambah sikit air lagi. Nak mendidih masukkan 1 gula perang + 2 sudu garam himalaya @ garam pink (warna perang). Hias dengan bawang besar (dipotong bulat pemanis sambal). Tutup sekejap dah boleh angkat. Tabur dengan ikan bilis + bawang goreng.
.
Tempoh masa : 20 minit jugak lah.. hihi..

Makan panas² sumpahh sedaapp. Bergantung air tangan + zikir semasa memasak he..he..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...