RSS

❤ “Yesterday is a history, tomorrow is a mistery and today is a gift. That’s way it is called ‘present’ - Master Oogway – film Kung fu Panda” ❤

Kari Ikan Versi Pressure Cooker

Adawiah Nasier | Tuesday, November 24, 2020 |

Sebelum ini saya selalu memasak Kari Ikan mesti di atas dapor sahaja. Faham-faham saja lah bila guna kuali ni kan badan akan rasa panas bahang kuah dia. Kini dah moden saya membuat resepi menggunakan Pressure Cooker pulak.. Jenama pilihan Russel Taylor. Jom kita lihat cara memasak hanya mengambil masa 20 minit. >> klik read more ... di bawah ya !

bahan Utama :
=========
4 ketul Ikan Tongkol Putih 

Bahan Tumis (A) :
===========
3 sekawan bahan tumis
Sedikit udang kering
Daun kari

1 inci halia
1 inci kunyit

Bahan hirisan (B) :
============
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

Bahan Rempah (C) : 
============
1 peket serbuk kari (saya pilih adabi)
2 sudu Serbuk cili @ Sos Cili Thai

1 sudu asam jawa ADABI

(bancuh sekali)

Lain-lain bahan :
1 keping asam keping
4-5 hirisan terung (potong serong)
1 biji tomato (dah siap masak)

Garam Pink (Garam Himalaya)
Gula Perang aka brown sugar (Gula orang buat kek)

Cara Memasak :

1. Panaskan Pressure Cooker pilih mode BAKE pilih FLAVOR >> STRONG >>P13. Masukkan minyak masak. Agak panas pot masuk bahan Tumis (A) dalam seminit terus masukkan Bahan hirisan (B) hampir sedikit garing masukkan Bahan Rempah (C).


2. Tukar mode CHICKEN tukar tahap kepanasan kepada kepada P05 sahaja untuk masak rempah atau hingga pecah minyak tutup periuk kali ini. Pastikan halakan Valve kepada mode CLOSE. Ubah setting sehingga berubah kepada BB.

3.  Buka penutup. Tukar semula mode BAKE pilih FLAVOR >> STANDARD >> P08. Masukkan ikan supaya mesra dengan rempah dalam 2-3 minit balik-balikan belah atas 2 minit. Selepas itu masukkan 2 cawan air panas  (cawan mug). Biarkan terbuka apabila guna mode BAKE jika memasak lauk (banyak lagi tak Explore ni).


4. Terus masukkan terung & tomato. Biarkan kuah sampai mendidih. Masukkan tomato. masak sehingga mendidih. Perasakan dengan garam pink & brown sugar. kacau lebih kurang terus tukar mode BB supaya khasiat garam pink tak hilang dan memberi manfaat untuk kesihatan kita. Siap untuk dihidangkan untuk yang tersayang.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...