RSS

❤ “Yesterday is a history, tomorrow is a mistery and today is a gift. That’s way it is called ‘present’ - Master Oogway – film Kung fu Panda” ❤

Labu Masak Lemak Bersama Cekur Manis

Adawiah Nasier | Monday, June 03, 2019 |


Menu ini untuk 4 orang makan ye..

Simpan di sini cara nak masak bukan apa selalu terkial² nak masak nak isi apa? Bila dah dok kat dapur mula macam hilang ingatan. Untuk memudahkan save sini.  First time buat sempena Ramadhan 27/2019 ♥♥♥

Resepi ini saya ambil dari Youtube kemudian saya tambah ikut citarasa. Biasa orang buat serai tu just tumbuk sahaja tapi saya blender untuk rasa serai hehee..

[Apakah bahan masakan?..Klik Read More deh untuk teks @ gambar gituuu.. 😊



⇨Bahan Utama :
¼ Labu (1 biji bahagi 4 bahagian)
1 ikat pucuk cekur manis
Santan kotak (dalam 3-4 sudu)

⇨Bahan Kisar :
2 biji Bawang Merah
2cm halia
3cm kunyit hidup
2 batang cili padi merah
1 batang serai
Sedikit ikan bilis + udang kering

Cara Masak :
⇨Rebus labu dengan air panas dalam 1 cawan dah separuh mendidih terus masuk bahan kisar.

⇨Masukkan santan kacau perlahan² dah nak hampir masak masuk daun cekur manis terus masukkan dalam 1 sudu kecil gula perang + 1 sudu besar garam pink@garam himalaya dalam 2-3 minit dah boleh tutup api.

(Elakkan guna gula putih @ garam putih kerana kandungan sodium yang tinggi bertukarlah gula/garam kepada warna keperang-perangan dipasaran kini dah mula dijual untuk rasa masakan terasa lemak² manisnyaa ewaah)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...