Assalamualaikum.. Percutian bajet saya untuk 3 hari 2 malam pada
hari orang bekerja sebenarnya lagi menyeroronokkan. Pilihan saya adalah rumah
pokok di Kekunang Tering Chalet, Nenasi, Pahang. Perjalanan lebih kurang 1 jam
lebih dari Kuantan. Kalau ikutkan saya memilih tahun lepas untuk pergi ke sini
tetapi kebetulan di sini mengalami petir jadi saya memilih di Sungai Lembing. Check
dalam blog tiada pulak gambar-gambar di Sungai Lembing.
Tidur malam dengan deruan ombak sangat...
Klik link di atas untuk full story♡♡...
menenangkan. I’m very happy. Bagi yang bekerja sendiri kadang-kadang kita alami stress di dalam minda kita jadi inilah masanya untuk kita rehatkan minda melihat alam semulajadi.
Klik link di atas untuk full story♡♡...
menenangkan. I’m very happy. Bagi yang bekerja sendiri kadang-kadang kita alami stress di dalam minda kita jadi inilah masanya untuk kita rehatkan minda melihat alam semulajadi.
Bagi yang nak naik ke atas rumah pokok anda pelulah rajin ye
sebab semuanya perlu buat sendiri. Ambil air di bawah untuk masak air. Tandas berada
di luar dengan 84 langkah dari tangga Rumah Pokok.
konon-konon panas maka kita bertopian dulu yukk :)
kena pegang topi takut ditiup angin.. anginnya boleh tahan jugak sejuknya :)
Selfie 2-3x untuk simpanan gambar maklumlaa la ni hp tak boleh save banyak gambar sikit :)
Ini suasana di waktu malam
Ini gambar bila kami mula-mula sampai ke sini. Jalan tak sibuk sebab hari Isnin kan orang mula bekerja.
Koleksi Video yang saya buat suasana di waktu terang . Bilik ini memuatkan maksimum 3 orang sebab kami tidur atas katil ini melintang mengadap TV ewahh..
Koleksi Video yang saya buat suasana di waktu malam. Klik baru nampak ya :)
Gambar di pintu masuk dekat dengan jalan raya
Gambaran dari Jalan Raya
Inilah Rumah Pokok @ Rumah atas pokok. lebih kurang 12 anak tangga :)
Sambil baring-baring boleh lihat permandangan luar :)
Suasana di waktu malam turut dipasang lampu supaya kita boleh lihat suasana malam dan boleh berjalan sekitar kawasan. Di sini kawasan nya selamat :)
Santai malam-malam di ruang bawah rumah
peneman disini
Permandangan dari atas untuk menuruni anak tangga
suasana sangat mendamaikan angin sepoi-sepoi bahasa :)
Ini ruang bawah rumah ruang santai-santai sambil baca Novel Cinta eh :)
Iron uols kena bawa lah ye tapi kalau pakai baju tak perlu iron tak jadi masalah ye :)
Sarapan Nasi Lemak disediakan untuk 2 orang. Memandangkan kami 3 orang tambah RM 14 untuk 2 hari untuk orang ketiga. memadai sangat lah sebab nak beli sarapan jauh jugak nak keluar tu taw better serahkan pada yang pakar. 2 hari sarapan memang Nasi Lemak Telur dia pehh sedaaapp :)
Memandangkan berombak kami hanya berada di gigi air sahaja tak mandi pantai lah sebab tak bawak baju mandi pantai hehe :)
Santai-santai petang sambil menghirup udara segar serta menenangkan jiwa.
Lepak-lepak dalam bilik sambil layan drama jam 7
yang ni nak dekat balik kemas balik katil seperti mula-mula masuk
Bersiap2 untuk balik
Bekas mengisi Nasi Lemak biasalah sini kucing banyak kang di ngap nasi lemak tu uols
Hari kedua berjalan ke Pantai Lanjut
Singgah ke Plumeira Chalet sekejap owner dia ramah sangat best bersembang dengan orang-orang hebat.
Bilik di Plumeira semalam RM 120 sekali bilik air. Disini sesuai untuk aktiviti kekeluargaan
Berjalan sampai ke pantai Hiburan Kuala Rompin. Jalan lengang tak sedar sampai ke sana di sini kampung abah.
inilah tandas yang perlu kami jalan untuk sampai ke sini dalam 2 minit :)
Ini sebahagian ruang penginapan. Saya tak boleh inap ruang kecik2 macam ni sesak nafas hehhehe maybe orang lain takde masalah kan :)
Ini ruang untuk yang bekerluarga bawak anak kecil sesuai di sini sebab tandas ada di dalam.