Sudah banyak kali saya sekeluarga makan di sini
Radix Fried Chicken, Indera Mahkota 8, Kuantan ini tapi tak berkesempatan uplod
di blog kerana baru sekarang dapat dibuka (password lupa). Mengapa menjadi
pilihan kami sekeluarga kerana menu makanan di sini berasaskan Herba. Makanan
segera di sini & rasa yang lain dari yang lain paling penting sokong produk
Bumiputera taw :)
Makanan yang kita makan bersumberkan SYUBHAH @ menghampiri HARAM perlu kita jauhi kerana ia akan menjadi darah daging kita. Pesanan penaja siapa lagi kalau bukan Hj Nasir Yaakob (abah tersayang) yang selalu saya ingati.
Sos pencicah wajib ada tuu..
ayam goreng ni wajib :)
Tortilla hmm yummy3 :)
Burger Oblong rasa yang lembut.. paling penting mestilah daging :)