RSS

❤ “Yesterday is a history, tomorrow is a mistery and today is a gift. That’s way it is called ‘present’ - Master Oogway – film Kung fu Panda” ❤

~ Petua-petua pilihan CA ~

Adawiah Nasier | Tuesday, November 27, 2012 |


Menaikkan Seri Muka:

Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit berlalu. amalkan selalu. 

Gigi Putih :

Wajah yang cantik akan lebih kelihatan lebih menarik dengan secebis senyuman. Namun yang lebih manis lagi jika senyuman itu turut di iringi dengan gigi yang putih dan sihat. Sebelum kita mengosok gigi dengan menggunakan ubat gigi... gosoklah gigi dengan menggunakan SERBUK PENAIK atau lebih di kenali sebagai SODIUM BIKARBONAT terlebih dahulu. Kumur dan gosoklah gigi dengan ubat gigi seperti biasa. Amalkan petua ini seminggu dua ke tiga kali.

Kilatkan Cermin Mata :


Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung.  Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dengan kain bersih atau tisu.  Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.


~~Selamat Mencuba ~~


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...